SPM Akan Tiba.
Dah lamajuga aku tak update blog aku ni.Tiba-tiba hari ni nak update pulak mana taknya dah lama gila tak update.Ada je acc blog tapi tak penah pun nak update alasan yang akan ku kata kan sibuk hahaha...Alasan dah lama BUSUK. Hari ni aku ingat nak update tentang SPM.Tidak lama lagi semua calon tahun 96 akan menduduki peperangan yang sangat besar dalam hidupnya selama berada di sekolah menengah.Peperangan yang akan menetukan ke mana haluan selepas SPM.Semua orang bila dengar je peperangan SPM ini semua orang akan takut,mana taknya peperangan ini lah yang menetukan nasib dan kehidupan kita.Baik keputusan kita senanglah untuk kita sambung belajar tapi teruk keputusan kita susahlah untuk kita sambung belajar.Tapi jangan bagi alasan yang keputusan yang teruk itu tak boleh nak sambung belajar pulak semua orang bolehlah sambung belajar yang penting niat dan usaha yang gigih kita yang akan menentukan masa depan kita.
Tidak lama lagi SPM akan tiba semua calon 96 semuanya berasa takut sebab SPM ini penting sangat nak cari kerja pun nanti nak kena guna sijil SPM ni.Jadi kenalah buat yang TERBAIK untuk menentukan masa depan kita.Aku tuju ini semua budak 96 dan aku tuju kan kat diri aku sendiri.Sebabnya aku pun akan berperang juga.Akan ku buat yang terbaik untuk menubah nasib keluarga aku kelak nanti.Jika kita ada usaha yang bersungguh kejayaanlah yang akan menanti kita nanti.Jika usaha yang malas kegagalanlah yang akan kita dapat jadi berusahalah bersungguh.
Mungkin ini sahaja kut yang dapat aku update.Jika aku ada masa yang terluan akan ku update lagi cerita yang menarik yang boleh aku kongsikan kat kau orang semua untuk bacaan.Jadi sekian terima kasih salam kasih dari ku Riszam Johari penulis blog ini.
Older Post